CVT (transmisi berubah terus-menerus) adalah transmisi automatik yang dapat berubah dengan lancar melalui julat nisbah gear yang berterusan. Fleksibiliti CVT mampu membuat enjin beroperasi pada RPM yg tetap walaupun kenderaan bergerak pada kelajuan yang berbeza².
(imej dari Edmunds.com)
Kebanyakan transmisi CVT berfungsi dengan dua pulley yg dihubungkan sama ada dgn Belt (getah) atau Chain (rantai besi). Belt/chain akan terus berputar, manakala kedudukan pulley yg akan berubah² untuk menentukan kedudukan gear kenderaan (gear rendah/gear tinggi).
Tidak seperti transmisi auto konvensional, CVT tidak beroperasi dgn pertukaran gigi gear. Chain/belt terus berputar mengikut kelajuan pulley pada rpm yg sama secara tak lansung mengurangkan masa tangguh (delay time) sekaligus memberikan kadar tork yg lebih stabil, tork yg stabil membuatkan kenderaan seumpama meluncur tanpa halangan. Dan sudah tentu kurangnya halangan akan menghasilkan penjimatan bahan api.
Gearbox Skuter juga beroperasi dengan sistem CVT, namun tak seperti CVT kereta yg menggunakan Chain ia berfungsi menggunakan Belt. Namun masih dengan cara operasi yg hampir sama. Pulas jer throttle terus jalan, mudah!
CVT ternyata telah terbukti mempunyai kadar pertukaran gear yg lebih lancar berbanding gearbox auto konvensional. Lantas ia membuatkan anda terasa seperti memandu jentera bermotor elektrik, tanpa tersengguk sedikitpun sepanjang pemanduan.
Untuk pengetahuan anda, pihak pengeluar kereta dapat menjimatkan banyak kos dengan menghasilkan CVT berbanding transmisi auto kenvensional. Ini kerana CVT mempunyai lebih kurang bahagian yg bergerak, maka lebih sedikit komponen yg digunakan.
Disebalik kelebihan CVT, terdapat juga kekurangannya.. Selain memerlukan penjagaan yg rapi, ia juga tidak mampu bertahan pada cara pemanduan yg agak ekstrim. Pecutan drastik secara mengejut adalah faktor utama yg menyumbang kepada masalah utama CVT iaitu putusnya chain/belt. Sekiranya chain/belt putus maka kenderaan anda tidak akan mampu bergerak secara total. CVT dicipta khusus untuk pemanduan yg santai, seeloknya kawal pendikit minyak anda dan cuba salurkan kuasa mengikut kesesuaian.
Kos untuk overhaul transmisi CVT adalah agak mahal, anggaran dlm 4 ke RM5k! Itu baru overhaul, belum lagi dicampur kos² yg tersembunyi.. Manakala harga utk seketul transmisi CVT baru pula anggaran dalam RM20k. Jadi sebelum memilikinya, fikir habis² kelebihan dan kekurangannya.
https://youtu.be/xHWqlfDZnmQ
Psst: Admin share jerr... Klu dah beli, jaga elok² 9 tahun nak hadap tu hahaha...



