Saturday, 2 January 2021

Proton S50 pengganti preve!!

Memperkenalkan pengganti Preve, Proton S50!
    Nampaknya Geely telah dikabarkan menyediakan pengganti bagi model sedan segmen B, Proton Preve. Diberi nama Proton S50, ia diasaskan dari model Geely Binrui yg telahpun berada dipasaran (China) sejak 2018. Binrui juga dikenali sebagai Emgrand bagi pasaran antarabangsa.

Geely Binrui/Emgrand 2019
Geely Binrui/Emgrand 2019

    Geely Binrui/Emgrand adalah sedan kompak fastback berdasarkan Platform Geely BMA. Model tersebut didatangkan dengan:
• enjin 133 hp Geely G-Power 14T
   (model manual dan CVT) dan
• enjin 136 hp Geely G-Power 200T
   (model DCT)

Geely Binrui 2021 facelift
Geely Binrui 2019 facelift
Geely Binrui 2019 facelift

    Seperti X70 dan X50 Binrui turut menyediakan pemanduan sendiri yang dilengkapi kawalan pelayaran autonomi. Anda juga boleh melepaskan tangan dari stereng dengan sistem sokongan lorong.
    Namun harus diingat, sistem pemanduan sendiri tidak dapat mengatasi dan menukar lorong. Proton take me to Parit, Perak.. not parit, longkang plz.

    Sepertimana perbezaan submodel asas dari Geely terhadap Proton X70 dan X50, admin percaya hanya sedikit sahaja perubahan yg akan dilakukan pada model S50 berbanding model asal Binrui/Emgrand. Terutamanya pada bahagian grille utama, logo dan nama selain pemanduan disebelah kanan.
    
    Trend ini dilihat akan berterusan kerana dikabarkan terdapat juga barisan² model lain Geely yg sedang menunggu masa untuk diproduksikan semula sebagai Proton. Ini termasuklah dari segmen mpv yg akan menggantikan Exora serta dari segmen kompak yg akan menggantikan Iriz.

    Jadi tak perlu berteka-teki bagaimana rupa sedan terbaru Proton, intai sahaja kembarnya Geely Binrui/Emgrand.

Geely Binrui 2019 interior
Geely Binrui interior 2019
Ruang But Geely Binrui 2019

    Teringat admin kecoh suatu masa dahulu, keputusan drastik Proton menjual kesemua model² proton dlm simpanan mereka termasuk model² sukan bersejarah dan model² dlm stor rnd. Terdapat ura² yg mengatakan ia adalah antara usaha Geely untuk memadam sejarah Proton.. Nampaknya ura² tersebut semakin hari semakin kelihatan menjadi nyata, manakan tidak? Kesemua model asal Proton akan diganti dengan model rebadge Geely.. bukan model inhouse rnd.
    Ada yg melenting dgn pendapat admin, tak kurang juga yg bersetuju. Terus terang admin ingin memohon maaf pada semua, admin agak sensitif dlm isu ini. Persoalannya dimanakah Proton pada masa akan datang? Admin lebih melihat Perodua yg masih punya indentiti dan masih mampu berdaya saing dibawah nama Perodua.
    Moga ada sinar baru buat Proton. Majulah Proton utk negara!

No comments:

Post a Comment

CVT canggih, ketahui kelebihan dan kekurangannya

CVT kelebihan dan kekurangannya..     CVT (transmisi berubah terus-menerus) adalah transmisi automatik yang dapat berubah dengan lancar mel...