Namun disebalik kembar Chinanya, tahukah anda bahawa X50 juga mempunyai kembar eropahnya? Volvo XC40 t3 juga dikatakan mempunyai persamaan yg hampir sama pada kedua² model tersebut. Sesuai dengan tag harga Volvo XC40 yg lebih mahal, ia dilengkapi dgn teknologi yg lebih pelbagai dan datang dalam rupa eropah yg lebih 'Volvo'
Comparison/Perbandingan
Proton X50 vs Geely Binyue vs Volvo XC40
Malah pada peringkat global, Coolray ni turut dianggap sebagai Volvo kompak versi mampu milik! Nak pakai Volvo x mampu, boleh la beli Proton X50! Sebab tak banyak bezapun X50 dengan Coolray a.k.a baby Volvo.
Proton X50 dilengkapi enjin 3 silinder inline 1.5T GDI turbocharged sama seperti varian Binyue/Coolray, ia juga turut digunakan pada varian Volvo XC40 T3! Enjin 1.5 liter turbo (174 hp/255 Nm) dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan merupakan enjin Drive-E yang dibangunkan bersama Volvo dan Geely. Enjin tersebut dikatakan mampu memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j! 3 silinder jer kot? Padu tu!
Volvo dan Geely telah menguji dan mengesahkan enjin 1.5TD di atas dan di luar standard industri. Enjin 1.5TD dirancang untuk bertahan sekurang²nya 15 tahun atau jarak 350,000km! Enjin 1.5TD tersebut dihasilkan di kilang powertrain di seluruh dunia mengikuti Sistem Pembuatan Global Volvo. Ia juga berkongsi lebih daripada 90 peratus pembekal global yang sama melalui sistem perolehan bersama global Geely. So dapatlah dibuktikan kualiti dan ketahanan enjin 1.5TD ni, setanding Volvo.
Menjelang 2021, pelbagai lagi teknologi dari usahasama antara Volvo dan Geely akan dikongsikan pada semua model Geely termasuk Proton. Ini menandakan Proton berada disatu aras yg lebih tinggi dari sebelumnya. Pastinya ramai peminat setia Proton akan tersenyum mendengarnya.
Pricelist/harga
Price comparison
Proton X50 : RM 79,200 to RM103,300
Geely Binyue : RM 50,000 to RM79,00 (in China)
Volve X40C : RM255,888 (in Malaysia)
Namun pada admin disebalik semua kecanggihan Volvo yg dibawa oleh Geely, Proton lebih dilihat sebagai alat untuk mempromosikan produk Geely.
Sepatutnya pasukan RnD Proton turut jua diberi lebih ruang dan peluang dalam usaha melahirkan kereta nasional agar ia tidak dianggap sekadar satu jenama tiruan, setidak²nya mereka semula penampilan X50 lantas menampakkan ia sebagai sebuah Proton. Mungkin dengan nama Permata? Gemilang? Anda namakan...
Segala pencapaian Proton nampaknya tenggelam dek pencapaian Volvo yg ternyata jauh lebih gah dipersada antarabangsa.
Ini hanyalah pendapat admin, apapun yg berlaku pada Proton moga ia terus berjaya mengharumkan nama negara lantas menjadi satu kebanggaan kita..
Disebalik semua teknologi tersebut admin jua berharap agar masalah after sales berkenaan spare parts yg sukar didapati dapat diselesaikan, sesuai dengan title pengeluar kereta tempatan. Seperti yg berlaku pada X70 yg dilancarkan terdahulu..
http://jiwamotosepot.blogspot.com/2020/12/berang-sparepart-terlalu-lambat-jual.html
No comments:
Post a Comment