Beli cash Lamborghini Aventador guna duit i lestari KWSP??!!
Lamborghini Aventador harga RM10k! Lamborghini adalah jenama Itali dan salah satu pengeluar kenderaan mewah terkenal didunia. Beribu pejabat di Sant'Agata Bolognese, Itali. Lamborghini telah diasaskan oleh seorang Pembesar Itali bernama Ferruccio Lamborghini pada tahun 1963 dengan objektif untuk menghasilkan sebuah kereta yg mampu menyaingi jenama terkenal Itali Ferrari.
Setelah beberapa kali bertukar pemiliknya, akhirnya pada tahun 1998 Lamborghini dibeli oleh Volkswagen dan diletakkan dibawah pengawasan Audi yg juga merupakan anak syarikat Volkswagen.
Aventador merupakan salah satu model berjaya yg dihasilkan Lamborghini. Pasti semua mengidamkan utk memiliki supercar tersebut, tetapi terbatas dek kerana bajet yg asyik termissed. Apakan daya...
Walaubagaimanapun di Indonesia dengan bermodalkan RP350 juta iaitu bersamaan nilai MYR RM10k, seorang pemuda bernama Suharyanto telah berjaya mentransformasi sebuah Mitsubishi Galant 2000 kepada kereta idamannya Lamborghini Aventador!
Berlajar melalui internet, Suharyanto mengambil masa lebih kurang 10bulan utk mentransformasikan sebuah sedan yg bosan kepada sebuah Aventador yg menjadi perhatian ramai. Dihasilkan didalam bengkel belakang rumah yg cuma berukuran 8×10 meter, cuma berdindingkan zink, beliau dibantu oleh 4org rakannya utk menyiapkan projek tersebut. Beliau hanya menggunakan kepingan logam dan fiber sebagai bahan asas utama dlm merekabentuk semula kerangka kereta tersebut.
Disebalik rupanya yg mengkagumkan mirip Lamborghini Aventador, namun ia kekal sekadar replika kerana ia tak mungkin menyamai prestasi Aventador sebenar lebih² lagi dari aspek keselamatan.
yg sedang dalam pembinaan.
Ternyata kini, beliau telah menjadikan usaha yg pada asalnya sekadar suka² kepada sebuah perniagaan yg menguntungkan. Diberi nama High Class Auto Custom, mereka sedia menerima tempahan dari sesiapa sahaja utk memiliki kereta mewah idaman pada harga mampu milik! Apa lagi? Aventador satu, ikat tepi!!!!!
Bukan sahaja Lamborghini, malahan kini High Class Auto Custom juga telah berjaya membina replika Ferrari dan Mercedes sebagai antara hasil tangan mereka. So tempahan diterima, asalkan ada duit jadi barang!
hanya dengan berpandukan kereta kawalan jauh!
Namun kita diMalaysia tertakluk pada undang² jalan raya yg ketat. Replika tersebut sudah tentunya tidak memiliki ciri² keselamatan yg diiktiraf oleh JPJ. Nak beli boleh, simpan buat tukun hahaha... Sekian.
#Biartakhensemasalkaya
#Jiwamotosepot
No comments:
Post a Comment