Sunday, 27 December 2020

90an zaman keemasan otomotif, syurga modifikasi

Dunia modifikasi 90an

    Dunia permotoran kereta diasia telahpun bermula rancak sebelum era 80an lagi, ia dipacu oleh persaingan pembangunan teknologi dari pelbagai syarikat di negara matahari terbit yakni Jepun. Pelbagai jenama berlumba² memperkenalkan teknologi masing² dalam usaha memenangi persaingan tersebut dan pasukan rnd ketika itu seolah² diberi kelima-lima batu infaniti ditangan mereka!

    Tidak seperti sekarang, dunia permotoran tidak semeriah dahulu dan dilihat seolah² terperangkap dalam satu zon yg sama dan terbatas. Sekiranya diamati, setiap model terbaru dilihat seperti dilahirkan daripada satu prototaip yg sama. Cumanya dgn sedikit perbezaan rekaan dan logo yg berbeza. Membosankan, itulah istilah yg diutarakan oleh para peminat modifikasi kereta. Banyak bezanya antara kereta yg dibina oleh engineer dgn kereta yg dibina oleh akauntan.

    Diawal 90an rakyat Malaysia lebih memilih jentera Jepun berbanding jentera eropah utk dijadikan tapak asas modifikasi, ini disebabkan atas beberapa faktor iaitu maintenance yg mudah serta harga kereta yg jauh lebih murah. Kehadiran lambakan kedai potong / Halfcut, menambahkan lagi kerancakan dunia modifikasi DiMalaysia pada waktu itu. Syurga bagi peminat modifikasi semua.

Model
    Terdapat pelbagai rangkaian model dan jenama yg mempunyai reka bentuk juga teknologi yg berbeza tersedia dipasaran ketika itu, dan kebanyakan jenama tersebut mempunyai model² berprestasi tingginya tersendiri.
    Namun utk pasaran Malaysia, kebanyakan model yg dibawa masuk adalah model yg basic. 👆👆👆

 ataupun yg  ia umpama pilih dan padankan sahaja apa yg diminati sesuai dgn bajet masing².

    Toyota pada waktu itu gagah dengan teknologi enjin 1JZ dan 2JZ GTE yg dilengkapi pengecas twin turbo bersesaran antara 2.5cc/3.0cc terpasang pada model Supra terutamanya yg terbukti hingga kini sebagai supercars killer. Malah ia masih lagi menjadi pilihan utama kaki modifikasi diBarat sebagai jentera pilihan mereka. Supra tak banyak mengalami evolusi, tapi kekal satu nama besar dalam dunia supercar Jepun.

Toyota Supra MK3 3JZ dgn bodykit veilside

    Bukan itu saja, kehadiran lagenda kedai tofu AE86 pacuan tayar belakang yg bernadikan enjin 1.6 4AGE Twin Cam 16 Valve DOHC juga membuktikan pada dunia yg enjin bersesaran kecil juga berbisa dgn set up yg minima sahaja! Kuncinya adalah pada weight distribution yg menyumbang pada handling yg jitu, disebabkan itu ia kekal menjadi lagenda sepanjang zaman terutamanya dlm dunia drifting. Model ini telahpun wujud sejak awal 80an lagi! Walaupun tanpa turbo, chassisnya yg ringan membolehkan ia memecut dengan pantas tanpa sebarang masalah.

Toyota  Levin/Trueno AE86

    Satu lagi model lagenda Toyota ialah Celica GT-Four, ia dilengkapi enjin 3SGTE Turbocharged dgn sistem AWD.

Toyota Celica GT-Four Rally Castrol team

    Di era 90an sekali lagi sejarah tercipta apabila utk pertama kali jentera Jepun Celica GT-Four memenangi perlumbaan rali WRC yg selama itu dimonopoli oleh jentera² Eropah. Sejak dari itu, kejuaraan WRC telah bertukar tangan dan kemenangan demi kemenangan diraih oleh jentera² Jepun.

Japan 1st WRC historical win

    Ini sekaligus membuktikan bahawa betapa jentera Jepun mendahului teknologi pada 90an sehinggakan memenangi hampir kesemua acara utama sukan permotoran ditimur dan dibarat!

    Selain 3 model diatas Toyota juga mempunyai model hot hatchnya yg tersendiri, dan model ini agak popular diMalaysia iaitu Toyota Starlet. Dilengkapi enjin 2E-TE SOCH Turbo 1.3cc bagi model EP, ia kemudian berevolusi kepada model GT & Glanza bernadikan 4E-FTE DOCH Turbo 1.3.

Toyota Starlet EP71 Turbo

    Variant enjin Starlet ini sering dipilih kaki modifikasi diMalaysia bagi menggantikan nadi lama jentera mereka. Bukan sahaja bagi menaiktaraf model Starlet 1.0 (Pasaran Malaysia), tetapi turut menjadi buruan pemilik² Charrade (boleh dikatakan kesemua model) bagi tujuan sama.

    Sebenarnya terdapat banyak jenis pilihan enjin power yg ditawarkan Toyota. Antara yg popular ialah:
• 2E-TE 1.3
• 4E-FTE 1.3
• 4AGE 16V 1.6
• 4AGE 20V Silvertop 1.6
• 4AGE 20V Blacktop 1.6
• 4AGZE 16V Supercharge 1.6
• 1JZGTE 2.0
• 2JZGTE 2.5/3.0
• 3SGTE 2.0

Toyota Corolla SEG (Engine conversion)

    Kebanyakan peminat Toyota rata²nya adalah family guy, tekan je pedal bawa keluarga tercinta kemana sahaja tanpa perlu pening memikirkan tentang maintenance. Keyakinan pada jentera Toyota tidak diragui, prestasi juga tidak menghampakan. Ini membuatkan Toyota menjadi pilihan utama kereta keluarga bukan sahaja diMalaysia malahan diperingkat global. Global beb!

    Honda sudah pasti antara yg teratas dlm senarai wishlist kaki modifikasi, jeritan vtec pada rpm tinggi memberi keasyikkan yg sukar digambarkan pada pemiliknya. VTEC (Variable Valve Timing & Lift Electronic Control) antara satu teknologi yg mengejutkan seluruh dunia pada waktu itu, ia mampu menjadi enjin yg ekonomi pada rpm rendah dan bertukar menjadi raksaksa pada rpm yg tinggi. Malah ia mampu membuat pertukaran gear pada rpm yg tinggi! Annoneyyyyy??!!! Ini memberi kelebihan ketika berada dilitar, masih admin ingat kejayaan honda civic SI vtec 1.6 team Mugen Motul pada tahun 1987/88 yg berjaya menapaw kesemua jentera lain termasuk ketegori yg bercc lebih besar darinya.

Legendary Civic Si Mugen Motul team 1987

   Tak puas dgn jeritan rpm tinggi vtec malah ia dikacukkan pula dengan sistem induksi turbo ataupun supercharge.. Aiyomaaaa lonjakkan kuasa kuda pada rpm tinggi vtec, pasti membuatkan ia digeruni pesaing baik dilitar mahupun dijalanan. Namun pilihan barisan model asas adalah agak terhad iaitu generasi Civic dan Accord shj.. Ada ke body lain lg? Hmm...

Honda Civic Ek B16 turbo

    Tidak seperti kebanyakan Honda yg dilihat dijalanan sekarang yg mana agak pondan, kehebatan model Honda keluaran 80/90an terbukti dijalan dan litar sehingga mendapat title turbo killer. Plus ia adalah jentera sejati para buaya, namun jgn sesekali diacah dihighway hahaha... So tidak hairanlah jika harga sebuah Civic Ej convert pun masih padu, tu belom ori EK blue tag apatah lagi EK TypeR hurmm.. Boleh dengar je la.

Honda Civic EK typeR 

    Nissan bapa kepada Skyline, the all mighty Godzilla dah tentu tak perlu diperkenalkan. Ni BBNU geng² myvi kangkang pun tau hahaha...
Nissan Skyline R32 the Godzilla

    Ya sejarah teragung dicipta disini apabila Nissan GTR R32 berjaya memonopoli kebanyakan perlumbaan didalam Jepun pada penghujung 80an dan diawal 90an. Melihat ketiadaan pesaing yg mampu menyaingi lagenda tersebut, Nissan membawa keluar rasaksa tersebut untuk bersaing diluar jepun.
    Antara perlumbaan yg terkenal pada waktu itu ialah Australia Barthrust, ia diharapkan menjadi penanda aras baru bagi Nissan dalam perlumbaan teknologi mereka diperingkat global. Bersaing dengan jentera² barat di Barthrust, tidak perlu mengambil masa yg lama Nissan terus memenangi podium 1/2 pada saingan musim pertama Group A tahun 1990. Ia diikuti dgn kejayaan sama podium finish 1/2 pada tahun 1991 dan 1992 bagi kategori A. Dalam masa yg sama mereka turut memenangi kejayaan 1/2 utk ketagori Barthrust 1000 (V8) pada 1991,1992.. Lantas terhasillah nama jolokan Godzilla, kerana tidak ada yg mampu menewaskan GTR pada waktu itu!

   Gila beb.. Mat Salleh pun goyang haha.. Lepas tu terus GTR R32 kena banned atas alasan penggunaan sistem AWD all wheel drive, mana taknya kat corner pun M3 kena sailang apatah lg jln lurus hahahaha.. choi..

Enjin RB ni pun ada 11 jenis! , dtg dlm pelbagai model. Berikut senarai enjin Nissan dari siri RB:
• RB20
• RB24S
• RB25
• RB26DETT
• RB26DETT N1
• RB28DET
• RB28DETT
• RB30
• RB30DE
• RB30DET
• RB-X GT2

    Jadi jangan terkejut la kalau bersepah enjin ni dekat kedai potong / Halfcut

Nissan GTR R32

    Namun diMalaysia scene modifikasi kita tak sehardcore itu, terima kasih pada abg² J yg tak jemu² memantau kami dijalanan. Lantas pemilihan enjin lebih terarah pada enjin yg bersesaran lebih kecil seperti enjin SR20neo, SR20T, MR09ERT Turbo/Supercharge (March turbo), CA18T.

Nissan Cefiro A31 yg diasaskan dari body asal paling mirip R32.

    Selain Nissan Cefiro yg punya darah sealiran dengan abgnya GTR, terdapat juga model² seperti Sentra B12 (teksi genting), Ad ressort, Bluebird, juga Pulsar GTi R (baby GTR).

    Kalau tadi kita sembang tentang GTR, ni kita jenguk adik dia pula Baby GTR..

    Sesuai dgn gelarannya Baby GTR, Pulsar GTI-R dilengkapi enjin SR20DET dengan sistem ATTESA AWD membuatkan Pulsar mampu menewaskan Porsche 911 dan Chevrolet Corvette pada zaman itu!

    Tak payah hantar abang, hantar adik je cukup. Power tak power Nissan punya pukulan. Kalau abang pegang tittle dilitar, adik plak jaguh dilitar rali!

    Kalau 11 jenis enjin RB masih belum memuaskan hati, terdapat siri enjin SR pula. Terdapat 8 siri enjin SR! Bukan itu sahaja, utk siri SR terdapat sedikit kelainan. Kedudukan enjinnya melintang utk 1.6 dan 1.8 (utk model² yg lebih kecil), dan menegak utk 2.0cc (Silvia). 

    Gila tak gila kepala Jepun ni, satu enjin boleh guna mcm² cara! Power plak tu??!! 

Berikut adalah senarai siri enjin SR:
• SR16VE 1.6
• SR18Di 1.8
• SR18DE 1.8
• SR20Di 2.0
• SR20DE 2.0
• SR20DET 2.0
• SR20VE 2.0
• SR20VET 2.0
    
Nissan Pulsar Gti R
Nissan Pulsar Gti R
Nissan Sentra B12 ( teksi genting )

    PROTON & MITSUBISHI adik beradik lain mak sama bapak ni, dah tentulah ranking modifikasi no1 diMalaysia. Hasil perkongsian teknologi antara Mitsubishi dan Proton, membuatkan Proton Saga/Iswara dan Wira/Satria teramatlah mudah untuk diconvert dan diupgrade luar dan dalam. Pnp jer per de hal.
    Klu Nissan ada GTR, Toyota ada Supra dan AE86, Honda ada TypeR.. Mitsubishi tampil dengan lagenda rali EVO. Diasaskan dari model saloon Lancer hasil kejayaan abang Long nya Galant VR4, ternyata ia menyerlah dipersada antarabangsa. Menjengah kedunia rali pada tahun 1991 bermula dengan versi Rally GSR 1.8 turbo, ia mula berevolusi bernadikan enjin 2.0 menjadi Evo1, Evo2, dan sudah tentunya lagenda Evo3 yg memenangi hampir kesemua stage Rali WRC ketika itu menewaskan musuh tradisi mereka Subaru.
    Malahan undang² FIA ketika itu mewajibkan model asas rali adalah dari spec yg sama digunakan pada model yg berada dipasaran, menjadikan model Evo1,2,3 adalah model yg sama boleh dimiliki org awam (utk pasaran Jepun sahaja - JDM). Sudah pasti enjin yg sama spec dibekalkan oleh tokeh kedai potong / half cut!
Lancer Evolution 2 RalliArt WRC
Galant VR4 RalliArt WRC

    Rangkaian enjin power yg disediakan oleh Mitsubishi teramatlah banyak.. Rangkaian enjin terdiri dari
• 2.0L 4G63T (1992–2007 Evolution family),
• 2.0L 4G63T VR4,
• 1.8L 4G93T GSR,
• 1.6L 4G92 Mivec,
• 4G61T Mirage,
• 6A12TT 2.0 V6 (Eterna),
• 6A12 Mivec (FTO),
• 6G72TT 3.0 (GTO).
Ni antara yg terkenal, menjadi pilihan kaki modifikasi geng² Proton dan Mitsu dalam usaha penambahan kuasa kuda mereka.
    Model proton secara tak lansung menumpang tuah dari kebanjiran enjin berkuasa Mitsubishi yg dibawa oleh tokeh kedai potong / half cut. Harga pun ok, upah pun murah (pnp jer), barang pun kualiti A, power sudah tentu, tunggu apa lagi? salin je satu body. Saga fiore/mirage, Iswara Vr4, Wira evo, Satria mivec, Perdana Eterna, antara contoh projek. Namun yg paling popular adalah saga, yg kebanyakannya memilih bodypart model asal Saga iaitu Mitsubishi Lancer Fiore dan enjin 4g sebagai nadi baru.

    Teringat plak saga 4g91 kabaretar admin dulu.. Byk kenangan dgn ex gopren hahahaha..

Antara conversion saga fiore yg kemas hensem
Saga Fiore
Saga Fiore
Saga Fiore
Saga Fiore
Saga Fiore
Saga Fiore
Saga Fiore
TAK kau bukannnn!!!!

Model Proton telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia atas faktor harga dan juga semangat patriotik ketika itu. Memiliki sebuah proton menjadi kebanggaan tersendiri pada pemiliknya. Antara model proton lain yg popular dijadikan bahan modifikasi:

Mitsubishi Mirage Cyborg (Model asal Proton Satria)
Proton Wira 4G63T (Model asal dari body lancer)
Proton Perdana V6 6A12TT

    Hampir terlupa akan model otai ni, sorry taiko. Salah satu yg wajib ada selain Proton Saga ialah Lancer kotak 70an, A174 (model Malaysia) yg mudah utk diconvert menjadi A175 GSR.
   Kebanyakannya disumbat enjin 80an iaitu CA18DET yg dipinjam dari Nissan 180sx, mmng berdesup pergi dia.. tau² hilang, tak padan dgn tua haha.. Walaupun body petak, tapi tetap kemas n hensem. So utk BBNU abam belanja gambar otai ni.
Lancer A174 bernadikan CA18DET
Lancer A175 bodypart

    Daihatsu juga ketika itu adalah antara pilihan popular kerana harganya yg murah dan penjimatan petrol yg ditawarkan. Banyak model Charrade yg dibawa masuk ke pasaran Malaysia, antara yg feymes adalah model Daihatsu Charade G100 yg boleh diupgrade menjadi sub-model Charade GTTi.
    Biasa dengar GT atau GTi tu pun dah gerun. Ni dia bagi lebih, GTTi chorr.. Tapi jgn pandang lekeh, enjin CB70/CB80 Turbo Gtti ni adalah enjin 3silinder yg terpower pada ketika itu. Habis Peugo ke Citroen ke Golf MK ke semua dia tapaw..
1987 DAIHATSU CHARADE GTti
Enjin Gtti 993cc 12valve Twin cam 3silinder

    Satu lagi model Charrade yg popular ialah Espri yg asal kilangnya enjin carburetor 1.0 dipasang dikilang Perodua Sg.Choh, namun boleh diconvert menjadi Abgnya (model import) Detomaso hensem dan bergaya 1.6 n/a..
    Boleh lah nak bwk jalan². Dah hensem takkan nak ikut lane kiri jer kan? So kebanyakan pemilik espri sumbat enjin Starlet turbo yg dipinjam dari Toyota jer settle. Tahun 90an, body lain jantung lain itu bknlah satu perkara pelik.. bukan macam korang suka² letak emblem typeR walhal enjin vvti tu asal Toyota, itu yea pelik.
Charrade Detomaso hasil kerjasama jurutera Daihatsu dgn Bertone Designer dari itali.

    PERODUA mula bertapak diMalaysia pada awal 90an, dengan perkongsian teknologi bersama Daihatsu sepertimana Proton dan Mitsubishi. Kerjasama ini berjaya mengubah landskap permotoran negara, dari trend kereta yg bagak² besar kepada kereta² kompak yg lebih praktikal dan ringkas.
    Bercckan 660 dan 850 n/a, model Kancil dilancarkan berdasarkan body asal Daihatsu Mira yg juga mempunyai rangkaian model kebanyakannya bernadikan enjin Turbo! So korang fikirlah sendiri, apa nasib sang kancil tu bila dapat kat kaki modifikasi ni.. Dah tentu bersin sepanjang jalan hahaha... 
    Bodypart, enjin, interior, semua boleh disalin 100%.. yg membezakan cuma Kancil punya 4Pintu manakala Mira mempunyai 2pintu shj. Terdapat model L200, L200s, dan model sedikit berbeza yakni L500 dan L512 tapi masih berkongsi chassis asal Mira L2. Tu belum kira special edition yg ada pelbagai seperti versi Hello kitty, versi Felix the cat, versi classic dan byk lagi lah.. L600 dan L700 juga berkongsi enjin yg agak serupa namun diletakkan pada body Move iaitu model asal Kenari. Manakala Kelisa berkongsi chassis asal Daihatsu Cuore, yg juga menggunakan sistem yg sama pada L600 dan L700. pun berenjin turbo!
    Boleh dikatakan pada ketika itu bersepah Kancil dijalanan, memecah tradisi proton saga!
Perodua Kancil Turbo, bodypart Mira L5
Dalam kenangan Kancil Turbo L2s admin (Bodypart Mira Moderno)

    MAZDA dahulu tak seperti sekarang, B6 dan B8 antara pejuang jalanan yg popular. Model² yg byk dijalanan ketika itu ialah familia/323 (perkongsian teknologi dgn Ford, model sama dgn laser/TX3), Lantis, Astina.. kesemua ni boleh sumbat B6 atau B8.
    Nama yg paling teratas dalam keluarga Mazda sudah tentunya model RX7, dengan sistem enjin rotary yg unik bercckan 1.3 tapi mampu memberi kuasa yg padu setanding sports car yg lain. Kejayaan model sebelumnya RX7 FC, telah melahirkan adiknya RX7 FD Effini yg lebih sporty.

Mazda RX7 FC
Mazda RX7 FD
Mazda RX7 FD
1.3-litre 13B-REW power unit (pening tengok)

    Selain lejen si RX7, terdapat satu lagi model hatchback Mazda yg menjadi idaman ramai jejaka. Mazda 323 GTR / 323 GTX, atau lebih sinonim dgn nama Interplay 210. Dilancarkan pada tahun 1989( bagi model GTX) / 1992( bagi model GTR), dilengkapi enjin B8 DOHC 4silinder 16valve yg stended kilangnya mampu mencapai top speed 210km/h menjadikan ia antara enjin 1.8cc yg paling berkuasa dlm kelasnya! Model ini adalah jawapan demi menyahut cabaran Nissan Pulsar GTR, Toyota Starlet, dan Honda Civic TypeR. DiMalaysia body hatchback ni payah juga nak ditemui, agak rare.
    Namun Mazda membawa masuk model sedan yakni dikenali sebagai Familia/Protege 323 yg berkongsi ruang enjin bay dan muka yg hampir sama dengan adiknya 323 GTR/GTX. Design sedan Familia/Protege ni juga agak kemas, sehingga digelar Baby merc.. Pemilik Mazda Familia/Protege sudah tentu dapat menaiktaraf enjin asal yg lemau kepada B6 1.6 turbo atau B8 1.8 turbo!

Mazda 323 GTX B8 210 (1989)
Mazda 323 GTR Interplay B8 210 (1992)
Mazda Familia/Protege 323 1.6 (Baby merc)

    Terdapat banyak lagi model JDM yg mempunyai kehebatan masing², hanya sebahagian yg dpt saya hamparkan disini. Apa yg dipaparkan adalah antara model popular bukan sahaja diMalaysia malah diseluruh dunia.
    So dapatlah disimpulkan disini yg bahawa 90an adalah era keemasan dunia permotoran dan modifikasi, terhidang kepelbagaian teknologi dan rekabentuk utk dipilih.
    Bestkan tahun 90an? Sistem turbo tu bkn sesuatu yg pelik, tak macam sekarang.. rupa kereta mcm lambogini tapi enjin lemau! so plastic haha..

#welove90s
#savethe90scars
#jiwamotorsepot

No comments:

Post a Comment

CVT canggih, ketahui kelebihan dan kekurangannya

CVT kelebihan dan kekurangannya..     CVT (transmisi berubah terus-menerus) adalah transmisi automatik yang dapat berubah dengan lancar mel...