Tahun 2020 disebalik pandemik yg melanda akibat Covid19, dunia dikatakan bakal mengalami krisis ekonomi global. Lantas kerajaan telah melakukan pelbagai langkah proaktif dengan menyediakan inisiatif² tambahan bagi mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Ini termasuk jua bidang automotif, yg mana adalah antara cabang terbesar yg menyumbang kepada sumber pendapatan rakyat. Pengecualian cukai jualan kereta yg diumumkan secara tak lansung merancakkan kembali jualan kereta khususnya model Perodua.
Disebalik permintaan yg tinggi terhadap model² kompak yg sedia ada, Perodua dikatakan masih enggan berasa selesa terhadap saingan dari Proton juga dari pengeluar² lain. Melihat pada kejayaan Aruz dalam segmen suv, Perodua bersedia untuk bersaing pula dlm segmen mini suv. Ini sekaligus menjawab cabaran Proton yg membawa masuk model X50 dari Geely.
Model kedua generasi Rocky A200 telah dipilih sebagai platform yg akan digunakan bagi membangunkan mini suv terbaru Perodua iaitu D55L. Tidak seperti Aruz yg lahir dari baka Rush Indonesia, Rocky dilahirkan dan berada dipasaran Jepun sejak 2019 lagi. Ini juga mungkin akan memberi perbezaan yg ketara antara sistem yg ada pada Aruz dan pada D55L kelak.
Membawa legasi Rocky, sebaliknya D55L berkemungkinan mendapat rupa dan nama yg berbeza sesuai dengan imej Perodua. Namun masih dilengkapi aspek teknologi dan sistem yg hampir sama. Ternyata sistem yg terdapat pada A200 adalah lebih maju berbanding model Rush Indonesia(Aruz).
Perbezaan ketara pada A200 Rocky dan Raize hanyalah pada bahagian bumper hadapan
Daihatsu Rocky pada asalnya digunakan sebagai SUV mini, dijual di Jepun dan beberapa pasaran antarabangsa (Rocky model pertama) antara 1989 dan 2002 (termasuklah Malaysia). Namun secara beransur-ansur ia telah digantikan dengan pengenalan variant Terios (Model asal Perodua Kembara) pada tahun 1997.
Pandangan sisi A200 Rocky dan Raize dilihat hampir tiada bezanya.
Model A200 Rocky juga mempunyai kembar Toyota nya yg dikenali sebagai Raize, ia menggantikan siri J200 Rush. Raize dan Rocky mempunyai rupa yg tidak jauh beza dan dilahirkan dari chasis yg sama. Kedua-dua siri A200 Rocky dan Raize ini hanyalah terdapat di Jepun, ia tidak dieksport utk pasaran antarabangsa.
Perbezaan interior A200 Rocky dan Raize juga adalah hampir sama.
No comments:
Post a Comment