Wednesday, 6 January 2021

Tukar nama kenderaan, Puspakom online.

    Pastinya ramai yg masih asing dengan nama Puspakom, ini kerana kebanyakan pembeli/penjual kenderaan selalunya berurusan dengan dealer/kedai yg telahpun menyediakan khidmat tersebut. 
    Puspakom adalah sebuah syarikat dibawah DRB Hicom yg satu²nya yg diberi hak untuk menjalankan proses pemeriksaan berkomputer pada kenderaan persendirian atau perdagangan, dan ia berada dibawah pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.

    Tahukah anda sekiranya anda ingin menjual kenderaan anda (kepada perseorangan khususnya), sebelum proses pertukaran nama dibuat mengikut undang² JPJ anda wajib membawa kenderaan tersebut untuk menjalani proses pemeriksaan B2 oleh Puspakom terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan kenderaan tersebut selamat digunakan oleh pemilik baru. Selamat; bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi undang².

Antara perkara yg akan diperiksa (B2) ialah:
Ketelusan cahaya
- pada semua cermin mengikut spesifikasi yg ditetapkan JPJ
No enjin
- sama pada maklumat digrant
No chassis
- sama pada maklumat digrant
Keadaan kerangka utama/chassis
- memastikan tiada penyambungan asing
Keadaan bawah kenderaan
- memastikan tiada kebocoran minyak

Keputusan pemeriksaan Puspakom tersebut akan dimasukkan terus kedalam sistem JPJ, maka barulah proses pertukaran nama kepada penama baru boleh dilakukan dikaunter JPJ.

Deretan kenderaan beratur mengikut masa temujanji (Puspakom Batu Caves)

    Tidak seperti JPJ, segala urusan Puspakom mewajibkan anda untuk membuat temu janji terlebih dahulu. Ia adalah bagi memudahkan proses pengesahan puspakom dan sekaligus melancarkan pergerakan anda disana. So, anda tak perlulah berbaris berjam-jam lamanya atau berebut utk mendapatkan satu slot pemeriksaan. Sekiranya anda gagal untuk membuat temujanji (online) terlebih dahulu, maka berkemah lah anda di luar puspakom.. namun ia tidak digalakkan sama sekali, kerana nama anda hanya akan dimasukkan kedlm sistem sekiranya ada kekosongan sahaja!

Aplikasi MyPuspakom (Android, Google Playstore)

    Untuk permohonan temujanji proses pertukaran nama/hak milik kenderaan, selain daripada menggunakan kiosk Puspakom anda juga boleh menggunakan apps myPUSPAKOM melalui telifon pintar. Muat turun aplikasi tersebut dari gudang aplikasi secara percuma dan daftar mengikut nama dan no mykad anda.

Borang maklumat kenderaan (MyPuspakom)

    Untuk butiran kenderaan yang diperlukan adalah berdasarkan grant asal kenderaan anda. Ia agak mudah kerana butiran yg perlu diisi telahpun disusun atur mengikut susunan maklumat yg ada pada grant asal kenderaan.

Tarikh dan masa pemeriksaan (setelah selesai proses booking online)

     Diakhir proses pengisian borang (secara online), pembayaran sebanyak RM35 (untuk B2) haruslah dilakukan serta-merta dgn menggunakan FPX (sistem online banking) atau kad debit/kredit anda. 
   
Maklumat pemeriksaan yg perlu discan utk pengesahan dipintu masuk Puspakom.

    Setelah selesai, sistem akan memberi anda lampiran bar code beserta maklumat pemeriksaan yg diperlukan.

No comments:

Post a Comment

CVT canggih, ketahui kelebihan dan kekurangannya

CVT kelebihan dan kekurangannya..     CVT (transmisi berubah terus-menerus) adalah transmisi automatik yang dapat berubah dengan lancar mel...