Wednesday, 6 January 2021

Kancil lejen upgrade Honda Jazz!!

Kancil lejen dah upgrade Honda Jazz?!

    Korang mesti ingat lagi kancil lejen yg pernah viral ni.. hampir satu semenanjung Malaysia dijelajah oleh sang kancil buruk ini. Terbukti sungguh ketahanan kancil ni.. Dan siapa lelaki misteri disebalik Kancil lejen tersebut juga kekal misteri.
    Terdapat pelbagai barangan didalam kancil tersebut, sayang nak buang agaknye. Dengan berkeadaan lusuh bergerak merata² sehingga ke Pahang, Selangor, Perak, dan Penang! Ramai yg mempertikaikan mengapa tiada tindakan yg diambil oleh pihak berkuasa terhadapnya. Namun akhirnya, the Lejen Kancil has fallen! Dikatakan Kancil tersebut telah disita di IPD Gombak pada tahun 2019.

Lelaki misteri bersama kancil lejennya.
Kancil lejen dilihat diperkarangan IPD Gombak
Kancil lejen dilihat diperkarangan IPD Gombak
Kancil lejen kokpit
Kancil lejen has fallen
Kali terakhir posting berkenaan Kancil lejen adalah pada 30Dec2020 (Rawang Auto Tyre)
Dan berkemungkinan ini adalah sebuah Kancil yg lain.. (Kancil lejen versi 2)

    Namun baru² ni admin terbaca satu posting komen tentang simptom yg sama pada sikancil lejen misteri tersebut. Namun bukan kaleng², kali ni model honda jazz. Koyak plastik boh hahaha..

    Mungkinkah lelaki misteri pemilik Kancil lejen dah upgrade Honda Jazz? Kalau betul kecohlah lepas ni Jazz lejen plak meronda semenanjung.. Bukan kaleng², ada ekon sejukkk..
    Akhbar Sin Chew Daily ada mengatakan bahawa lelaki misteri tersebut adalah bekas guru diSingapore, tambahan beliau sememangnya fasih berbahasa english.
    Menurut netizen lagi, lelaki misteri tersebut seringkali berlegar diRaub bersama Kancil lejennya. Dan walaupun berkeadaan selekeh, dia masih berkelakuan seperti seorang yg normal. Tambahan pula kata warga Raub bapanya memiliki ladang getah disana. Kalau betul, jadi abg H lejen la pula llepas ni!
    Gadis gadissss.. abg H lejen dah sampai...

Sekali tengok Jazz ni macam tak percaya, dah macam tong sampah bergerak jer?!! Sayang nak buang kot... Ni kira penyakit dah ni?
    Sebenarnya tabiat sukar untuk membuang barangan ini adalah satu penyakit yg dikenali sebagai Hoarding disorder. Pesakit Hoarding disorder akan mengalami simptom kesukaran berterusan untuk membuang atau berpisah dengan harta benda dan merasa keperluan untuk menyelamatkannya. Malah mereka mengalami kesukaran kerana memikirkan untuk membuang barang-barang tersebut. Hording disorder yang kronik, tanpa mengira nilai barang sebenarnya berlaku dikalangan kita.

    Namun tak perlulah anda berteka-teki, kes ni dijumpai nun diluar negara. Negara mana admin pun tak pasti, agaknya sepupu sikancil lejen misteri hahahaha...

Jangan serius sangat...

No comments:

Post a Comment

CVT canggih, ketahui kelebihan dan kekurangannya

CVT kelebihan dan kekurangannya..     CVT (transmisi berubah terus-menerus) adalah transmisi automatik yang dapat berubah dengan lancar mel...