Lampu kuning! Punca dan kaedahnya..
Tahukah anda bahawa asal usul lampu depan kenderaan telah berkembang dari satu perkara yang dianggap hanya sebagai aksesori diawal 1900an berubah menjadi keperluan penting. Sama seperti lampu gas lama, lampu depan pertama diperkenalkan pada tahun 1880an menggunakan asetilena dan minyak.
Lampu lensa kaca elektrik pertama pula diperkenalkan pada tahun 1898 di Columbia Electric Car oleh Syarikat Kenderaan Elektrik Hartford. Namun diawal penciptaannya lensa kaca tersebut hanyalah terdapat pada warna kuning sebelum ia berevolusi kepada warna jernih.
Namun kerjasama antara Ford Motor Company USA dan General Electric Plastics, pada tahun 1983 telah berjaya menghasilkan lampu depan komposit aerodinamik plastik yang dibuat dari polycarbonate. Ia sekali lagi telah merevolusikan industri lampu hadapan automotif.
Pengilang lampu Eropah telah bekerjasama selama beberapa tahun dengan syarikat² automotif dan GE Plastics Europe untuk mengembangkan reka bentuk Eropah menggunakan bahan plastik. Beberapa model kereta Eropah termasuk Ford & Volvo pada tahun 1985 telah dilengkapi dengan lampu depan plastik dan reflektor yang terbuat dari polycarbonate.
Antara kelebihan lensa polikarbonat termasuklah ketepatan optik yang sangat baik, ketahanan kerosakan yang unggul, gaya yang belum pernah terjadi sebelumnya (kerana material polikarbonat tersebut adalah lebih mudah dibentuk berbanding material kaca), peningkatan aerodinamik dan lebih ringan.
Peningkatan teknologi dalam bidang automotif banyak mempengaruhi rekabentuk kenderaan, dari rekabentuk yg bulat kepada rekabentuk yg berbucu/petak dan seterusnya menjadi lebih aerodinamik seperti sekarang. Ternyata polikarbonat telah menjadi pilihan utama pengeluar² kenderaan berbanding kaca sesuai dengan kemampuannya, kelebihannya, dan dengan kos yg lebih murah!
Lumrah disebalik setiap kelebihan pasti terselit kekurangannya. Pasti ramai yg mengalami masalah lensa lampu yg kabur atau kekuningan kan? Tahukah anda apa punca utama yg menjadikan lampu kenderaan anda menjadi begitu? Ia adalah disebabkan;
Pengoksidaan dari cahaya UV
Tidak seperti lampu hadapan kaca, pendedahan lampu hadapan polikarbonat pada sinar Ultraviolet (UV) dari sinar matahari akan menyebabkan lensa kereta mengoksidan, mengalami retakan mikro dan berubah warna dari jernih kepada kekuningan..
Adakah cara utk menghindarinya?
1.Elakkan kenderaan anda dari terkena pancaran matahari berterusan.
2.Sapukan uv protector
3.Pasang lapisan tinted khas lampu
(Ia mempunyai tempoh luput, dan harus dibuka atau ditukar bila ia mula menjadi kekuningan)
Adakah cara untuk restorasinya?
Antara kaedah² mudah yg anda boleh lakukan sendiri (diy) ialah seperti berikut:
1.Polish lensa lampu,
(Disyorkan mengguna mesin polisher)
• Letakkan polish
• Gosok dengan tangan atau mesin polisher
2.Sapukan minyak brek,
• Sapukan minyak brek dan biatkan seketika
• Cuci dan bilaskan
https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fi.ytimg.com%2Fvi%2F4D47gVGmcVo%2Fhqdefault.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3D4D47gVGmcVo&tbnid=GiyOaH8pLrPE3M&vet=1&docid=voMiFWxyz5I-dM&w=480&h=360&hl=en-GB&source=sh%2Fx%2Fim
(Tutorial by kopiah merah on you tube)
3.Gunakan spray tin liquor,
• Gosok dengan kertas pasir 2000,
• Bilas dan keringkan,
• Semburkan liquor/clear tin.
• Gosok dengan kertas pasir 2000k
• Bilas dan keringkan
• Gunakan Coating repair kit
(Boleh didapati secara online anggaran harga sekitar RM40-60)
Berikut admin menggunakan kaedah ke3 dengan membuang lapisan coating lama dan menggantikan kepada lapisan coating baru (Spray tin liquor/clear)
Berikut juga admin menggunakan kaedah ke3 iaitu membuang lapisan coating lama dan menggantikan dengan lapisan coating baru (Spray tin liquor/clear)
Diantara kesemua kaedah tersebut admin memilih kaedah ke3 sebagai yg terbaik, kerana lebih panjang jangka hayatnya dan lebih lasak. Penggunaan liquor/clear yg berjenama dan berkualiti sudah pasti akan memanjangkan lagi jangka hayatnya dan memberi hasil yg lebih baik. Lagipun ia mudah, murah dan mantap!
Namun kebanyakan kedai aksesori cenderung menggunakan dua kaedah iaitu polish atau Nano Burn Coating. Nano Burn Coating mempunyai finishing yg agak cemerlang (berkilat), namun ia mempunyai jangka hayat yg juga agak pendek sekiranya tidak dijaga rapi lama kelamaan keadaan lapisan coating baru nano tersebut akan kelihatan seperti merekah. Manakala kaedah polish, jika kereta anda sering berjemur lama kelamaan lampu akan kembali menjadi kekuningan.
Sekian, diharapkan dgn sedikit perkongsian ini dapat membantu pembaca..
Like and follow utk lebih info!
No comments:
Post a Comment