Sunday, 27 December 2020

Berang sparepart terlalu lambat, jual X70 kat kedai potong!

    Dilancarkan pada 12 Disember 2018, X70 dijual dengan harga bermula RM 94,241 bagi model standard sehingga RM 122,241 bagi model tertinggi premium, Proton X70 dilihat lebih berpatutan daripada pesaing terdekatnya seperti Honda CR-V dan Nissan X-Trail dan bahkan berpatutan berbanding SUV yang lebih kecil seperti Honda HR-V.
Proton X70 hasil usahasama Proton dan Geely

    Gaya sporty X70 direka sepenuhnya oleh Peter D. Horbury iaitu seorang pereka kereta Britain yang merupakan Naib Presiden Eksekutif, Design of Geely Auto. Dia terkenal dengan karya reka bentuknya untuk Volvo dan telah bekerja dalam pelbagai peranan dalam industri automotif, termasuk sebagai Pengarah Reka Bentuk Eksekutif, Amerika untuk Ford antara tahun 2004 dan 2009
    Sekiranya diamati pada rekabentuk X70, ia lebih kepada sebuah Geely Boyue yg ditukar ke pemanduan sebelah kanan dan memakai lencana harimau. Lihat sahaja pada rajah dibawah iaitu sebuah model asal X70, Boyue.

Geely Boyue (model asal Proton X70)

    Disebalik rekabentuk dan teknologi canggih dalaman X70 yg dipinjam dari Volvo, terdapat juga kabar angin yg mengatakan X70 bukanlah dilengkapi enjin dan gearbox berteknologi Volvo.. Bermakna ia masih menggunakan enjin yg dibangunkan Geely, tetapi sejauh manakah kebenaran ini, masih tidak dapat disahkan. Variant enjin 1.8 Geely Boyue menggunakan enjin 4G18TDB G-Power 1.8L turbo I4 (petrol), iaitu enjin yg sama terpasang pada Proton X70.
    Baru² ini Volvo telah mengeluarkan statement pengesahan penggabungan sistem operasi enjin antara Volvo dan Geely untuk dijadikan kepada satu entiti. Bagi Geely, entiti baru yang dirancang bermaksud enjin pembakaran yang canggih dan efisien dari segi teknologi dan mesin hibrid akan tersedia untuk Geely Auto, Proton, Lotus, LEVC dan LYNK & CO.

Volvo dan Geely berhasrat untuk menggabungkan operasi enjin pembakaran
https://www.volvocars.com/au/about/australia/i-roll-enewsletter/2019/november/volvo-and-geely-intend-to-merge-combustion-engine-operations

    Namun bukan itu sahaja yg menjadi persoalannya, kebelakangan ini terdapat pelbagai rungutan daripada pemilik² X70 terutamanya berkenaan isu spare parts X70 yg amat sukar diperolehi. Ini mendatangkan kerunsingan bukan sahaja kepada pelanggan malahan pada pusat servis. Pandemik Covid19 yg berlaku di seluruh dunia ketika ini, sekaligus memburukkan lagi kesan after service Proton X70. Klik sahaja masalah X70 dilaman carian berpuluh artikel yg akan anda jumpa, antaranya:

Keratan rencana dari sebuah laman

Keratan rencana dari sebuah laman

Keratan rencana dari sebuah laman

Keratan rencana dari sebuah laman

Keratan rencana dari sebuah laman

    Dibawah merupakan sebuah X70 yg dilihat telahpun berada disebuah kedai potong dan diiklankan didalam FB Market place dijual sbg spare parts. Akibat berang menunggu spare parts agaknya baik potong dan jual je!
Apa²pun admin berdoa agar Proton kembali menjadi gah sepertimana dizaman Tun dahulu.


https://www.facebook.com/100001653026849/posts/3444409468957453/


4 comments:

  1. Admin pun bangang nk bergantung harap pada si saka tua..bodoh xsudah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin tu bukan nak politik ye pakcik. Kalau pakcik tak suka kat orang tu tak payah nak commen. Admin tu masud kan zaman tun dan paklah proton ada barang nak repair, zaman proton dan geely barang stock repair tak ada. Jangan nak bodoh kan orang lain sedang kan pakcik pun tak matang lagi macam budak budak saya baca pakcik punya commen. Orang yang matang tak campur aduk bab politik ye pakcik, admin tu tak ada cakap bab politik pasal kereta.

      Delete
    2. Semua benda nak politik. Bodoh.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

CVT canggih, ketahui kelebihan dan kekurangannya

CVT kelebihan dan kekurangannya..     CVT (transmisi berubah terus-menerus) adalah transmisi automatik yang dapat berubah dengan lancar mel...