Tuesday, 22 December 2020

Tips Teknikal - Port & Polish

PORT AND POLISH

    Komponen utama  dalam memerah tenaga bagi sebuah enjin sudah pasti datangnya dari kepala silinder yang disediakan dengan baik, kemasukan udara disebati dengan campuran bahan bakar dioptimumkan bagi mengerah kuda-kuda yang sedang lena agar bangun dan berlari.
    Menyediakan kepala silinder ini merupakan satu kerja yang agak mahal kerana ianya meliputi kerja-kerja porting, penyediaan injap dan spring serta aci sesondol (camshaft). Sudah pastinya juga memerlukan penelitian yg jitu dari seorang pomen, so janganlah cari pomen no6 (tak baik jahanam! Hahahaha)

Perbezaan permukaan yang telah diporting.

Jelas kelihatan perbezaan kedua-dua keadaan, sudah pastinya bukan sahaja ukuran diameter bertambah, malah permukaannya juga menjadi lebih licin mengurangkan halangan.

    Porting adalah aktiviti pembentukan semula lubang intake dan exhaust cylinder head agar kuantiti udara dan bahan bakar yang masuk bertambah, manakala polishing adalah proses menghaluskan semula bahagian yang telah diporting dan juga disekitar laluan udara yg disedut agar flow kedua-dua bahan tersebut menjadi lebih lancar berbanding kondisi asal.

    Port & Polish sendiri adalah suatu kerja tangan dengan menggunakan peralatan khusus (Porting Polish Kits) yang tujuan utamanya adalah memperbaiki keberkesanan sesebuah enjin bagi mendapatkan kuasa yang maksima dan lebih efisien. Kebiasannya sebatian bahan bakar dan udara bagi enjin asal keluaran kilang hanyalah dianggarkan dalam 70%, namun setelah menjalankan aktiviti Port n Polish, keberkesanan enjin tersebut dapat dipertingkatkan menjadi lebih kurang 80 hingga ke 85%.
    Jika Port & Polish dilakukan secara teliti dengan mendapat bacaan sebatian yang tepat, sudah pasti tarikan kuasa ekstra akan dirasai. Enjin akan menjadi lebih ringan, pengudaraan enjin menjadi lebih panjang, pecutan lebih spontan dan penjimatan petrol juga menjadi lebih efisien. Ini semua kerana aliran bahan bakar dan udara telah menjadi lebih lancar untuk masuk ke ruang kebuk pembakaran enjin, lantas menjana tenaga yang lebih besar, disertai pembakaran yang sempurna. Pabila kereta dipandu dengan keadaan normal pula, kesannya ialah penjimatan petrol menjadi lebih efisien. Tapi akibat dari Port & Polish yang membuat tarikan kenderaan lebih ringan (responsive), maka kebanyakan pemandu menjadi lebih seronok dan sering menekan pedal minyak dengan rapat kelantai yang membuat penjimatan petrol kenderaan tidak sepertimana yang diharapkan.

    Dalam ruangan ini, saya ingin memberi sedikit tips berhubung dengan kerja-kerja port and polish disamping memberi sedikit penjelasan mengenai kelebihan serta kelemahannya.

Port and polish ni bukanlah hanya bertujuan
untuk mempertingkatkan isipadu kemasukan udara semata-mata, tetapi juga meliputi beberapa perkara lain yang juga penting. Kerja membuat port ini harus juga melihat kepada beberapa faktor lain dalam menghasilkan peningkatan tenaga kepada enjin berkenaan.

Antara faktor lain yang dimaksudkan adalah
a) Putaran (swirl).
b) Kawalan bahan api (fuel control)
c) Kelajuan udara (air velocity)
d) Kemasukan udara (air flow)

    Secara amnya, kerja-kerja porting (swirl) ini akan meningkatkan lagi kadar kemasukan udara atau isipadu udara kedalam kebuk pembakaran, namun harus diingatkan bahawa tiga perkara lain (fuel control, air velocity, air flow) juga perlu dilakukan seiring.
    Sekiranya lubang port dikorek terlalu besar, secara umumnya, lebih banyak udara yang dapat memasuki kebuk pembakaran. Tetapi
sekiranya lebihan udara berkenaan tidak sampai kedalam kebuk pembakaran pada masa yang tepat, tenaga enjin tidak akan meningkat malah tenaga yang dihasilkan adalah jauh lebih buruk daripada enjin asal standard abah-abah. Hasilnya power lost minyak pun parak.
    Kesimpulannya, lubang port yang besar tidak bermakna ianya akan menjana tenaga yang lebih baik! Seharusnya dapatkan setting yang ngam, agar kuda-kuda anda akan membiak dgn jaya dan padunya! Asikkkk

Cuba kita lihat apakah ciri-ciri yang sepatutnya diberi perhatian agar apa yang dilakukan akan membuahkan hasil yang diharapkan.

    Sewaktu campuran udara dan bahan api memasuki kebuk pembakaran, kedua-dua bahan ini harus disebatikan bagi menghasilkan
keupayaan pembakaran yang lebih efisyen. Port harus dikorek dengan rekaan agar 2 bahan tadi dapat di putar untuk menghasilkan campuran yang sebati. Sekiranya campuran ini dapat di sebatikan dengan baik, kadar detonasi dapat dikurangkan dan anda boleh meningkatkan lagi kadar tekanan (compression) dengan memotong sedikit permukaan kepala silinder berkenaan. Sekiranya pemotongan permukaan kepala silinder dilakukan, ianya sudah pasti akan mengubah pemasaan aci sesondol (cam timing). Anda bolehlah menggunakan vemier pulley bagi mendapatkan kembali pemasaan yang tepat.

    Setelah mendapat sebatian yang baik (udara & bahan api), kemudian kawalan bahan api diselaras (fuel control) bagi membolehkan sebatian tersebut berada dalam keadaan terapung sepanjang perjalanannya memasuki ruang pembakaran. Ia bagi memastikan agar campuran berkenaan tidak bertukar bentuk dari kabus (atomised) kepada titisan (droplets). Dalam keadaan titisan, bahan api akan menjadi lebih sukar untuk dibakar dan sudah tentulah akan mengurangkan keupayaan atau tenaga enjin berkenaan. Keadaan ini selalunya disebabkan oleh laluan port yang tidak selari lantas mengakibatkan halangan, harus diingatkan dalam kadar sesingkat itu setiap inci memainkan peranan besar dalam proses pengerahan tenaga kuda-kuda anda.
    Bayangkan 120 ekor kuda yang keluar, 30 ekor tersadung kakinya 20 ekor lagi blur tak tahu nak kemana haha... Adeh..

Jika Port and Polish anda menjadi, sudah pasti akan membuahkan kepuasan. Kerana kuasa dihasilkan maksimum dari kepala selinder enjin anda.

Bahan ini adalah sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan, sebaiknya anda bertemu dengan sifu yakni mereka yang pakar bagi mendalami ilmu port and polish. Sekian, majulah sukan permotoran untuk negara..

#love90scarscene ♥️



No comments:

Post a Comment

CVT canggih, ketahui kelebihan dan kekurangannya

CVT kelebihan dan kekurangannya..     CVT (transmisi berubah terus-menerus) adalah transmisi automatik yang dapat berubah dengan lancar mel...